Alhamdulillah program KPTM Bangi dengan Dato’ Sani telah berjaya dijalankan. Pihak Sani United sangat berpuashati dengan Majlis anugerah tersebut. Malah ada di antara mereka menyatakan bahawa majlis kita jauh lebih baik sambutannya dari majlis yang serupa yang dibuat oleh sebuah IPTA. Sambutan dari pelajar-pelajar kita dengan mereka berebut-rebut untuk bersalam dan bergambar dengan Dato’ Sani agak memeranjatkan warga Sani United. Syabas diucapkan kepada semua pihak yang telah bekerja bertungkus lumus untuk memastikan majlis tersebut berjalan dengan baik.
Di kesempatan saya dapat berborak dengan Dato’ Sani ketika jamuan petang tersebut, saya ada menyatakan hasrat KPTM Bangi selepas ini dan hampir kesemua cadangan atau usul saya itu diterima oleh Dato’ Sani. Antaranya :
- Kemungkinan KPTM Bangi menjadi agen tiket bas ekspres Sani Ekspres, termasuk untuk charter bas ekspres Sani jika kita dapat uruskan pencarian penumpang, terutamanya musim raya atau cuti.
- Lawatan sambil belajar pelajar-pelajar KPTM Bangi ke Sani United, terutamanya pelajar-pelajar BM117 (Transport).
- Latihan industri pelajar-pelajar AA101 dan AB101 kita ke mana-mana anak syarikat Sani United.
- Meletak brosur-brosur KPTM di dalam bas-bas Sani Ekspres.
- Memainkan CD korporat KPTM di dalam bas-bas Sani Ekspres.
Disamping itu saya rasa banyak peluang untuk kita bekerjasama dengan Sani United di dalam program-program keusahawanan pelajar. Kita seharusnya mengambil peluang perhubungan baik kita dengan Dato’ Sani ini untuk pihak beliau membantu sebaik boleh aktiviti-aktiviti keusahawanan kita. Oleh itu kita perlu dari sekarang membuat perancangan dengan teliti dan mengadakan perbincangan-perbincangan lanjutan dengan pegawai-pegawai Sani United supaya kerjasama ini akan terjalin dan mendatangkan faedah kepada kedua-dua pihak.
Di dalam kepala saya telah terfikir banyak program boleh dibuat dengan Sani United ini. Saya rasa jika kita sama-sama brainstorm banyak lagi idea-idea kerjasama win-win ini yang akan kita lahirkan.
Let us all seize this opportunity… Carpe Diem!
No comments:
Post a Comment