Hari yang dimaksudkan adalah Valentine's Day.
Sekarang ini, dengan keadaan gejala sosial yang semakin tidak terkawal, Valentine's Day ini diraikan melampaui batas sehingga ianya kini dikaitkan dengan peningkatan kelahiran anak-anak luar nikah.
Khutbah tadi dimulakan dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan umat Islam meraikan hari tersebut. Antara sebab-sebab ianya diharamkan adalah :
- Hari Valentine's adalah memperingati kematian Padri Kristian bernama St. Valentine
- Ajaran Islam tidak ada menentukan sebarang hari untuk meraikan hari kekasih
mafhumnya :
Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Secara mudahnya ayat ini memberi kesimpulan bahawa kita tak perlu sebarang hari untuk kita berkasih-kasih, berbaik antara satu sama lain kerana ianya harus berlaku setiap hari.
Maka dengan itu, wahai anak-anakku, wahai pelajar-pelajar kesayanganku, dan wahai teman-temanku, usahlah kita meraikan hari kekasih 14 Februari ini kerana ianya sudah jelas dilarang oleh Islam.
Wallahu'alam...[sekadar menyampaikan...]
No comments:
Post a Comment