Semasa saya mengambil MSc Corporate Communication di UPM pada tahun 1999 dahulu, ada kelas Principles of Advertising yang memerlukan kami melukis poster bebas.
Pada masa itu saya teringat satu gambar/lukisan yang saya cukup suka, lalu saya pun cuba melukisnya. Inilah kesudahan hasilnya. Walaupun lukisan ini tidaklah sehebat lukisan-lukisan profesional, namun saya cukup puas kerana lukisan yang cukup saya suka itu dapat juga saya hasilkan sendiri. Lukisan ini kini menghias salah satu ruang di rumah saya.
Saya berikan nama lukisan ini Sunflower Sunday kerana ianya dihasilkan dalam masa sehari - pada hari Ahad.
tidak professional but still cantik dipandang mata..bg saya lukis pon confirm tak reti!
ReplyDelete