Monday, January 31, 2011

Cantik Luar, Cantik Dalam

Hari ini saya dan beberapa pegawai tinggi KPTM seluruh negara menghadiri kursus pengenalan Amalan 5S dengan tujuan untuk melaksanakan amalan kerja 5S ini di KPTM.

Amalan 5S adalah amalan pengurusan kualiti yang telah diasaskan di negara Jepun. Sejak tahun 1980an idea pengurusan pejabat daripada negara matahari terbit ini telah tersebar ke seluruh dunia termasuklah negara Malaysia melalui Dasar Pandang ke Timur. 

5S dari perkataan Jepun ini adalah:
S1 - Seiri, 
S2 - Seiton,
S3 - Seiso,
S4 - Seiketsu, dan
S5 - Shitsuke


Kaedah 5S Jepun ini kemudiannya disesuaikan dengan perkataan-perkataan Melayu, iaitu :
S1 - Sisih (Seiri), 
S2 - Susun (Seiton),
S3 - Sapu (Seiso),
S4 - Seragam (Seiketsu), dan
S5 - Sentiasa Amal (Shitsuke)

Kaedah 5S adalah salah satu pendekatan terbaik bagi mengubah persekitaran pejabat dan kerja menjadi lebih  kemas, teratur dan kondusif. Disamping itu, amalan 5S dapat menyumbang di dalam melahirkan warga kerja yang bermotivasi, berdaya saing, kreatif dan inovatif. Dengan membudayakan amalan 5S ini perkhidmatan dapat dipertingkatkan dan menjadi lebih cekap dan berkualiti; serta keselamatan dokumen, rekod dan peralatan adalah lebih terjamin.

[Sebelum 5S]

Perlaksanaan 5S akan dapat mengubah cara kita simpan dokumen dan peralatan yang sebelum ini seperti gambar di atas kepada cara simpanan yang lebih teratur, sistematik dan sedap dipandang.

KPTM adalah dalam posisi yang sangat baik untuk melaksanakan sistem amalan 5S ini kerana baru sahaja sebulan lalu KPTM mendapat persijilan Kualiti MS ISO 9001:2008. Sistem kualiti ISO ini dapat menjamin yang kerja-kerja yang dilakukan di KPTM adalah berkualiti dari 'dalaman'nya.  Oleh itu dengan mengubah persekitaran pejabat untuk menjadi lebih kemas dan teratur, maka kerja-kerja di KPTM juga akan berkualiti dari perspektif 'luaran'nya juga.

Maka teringatlah saya akan lirik lagu Senyum (S jugak tu!) dari Malique Too Phat & Najwa yang berbunyi :

"..cantik luar, cantik dalam, cantik dengar sini
Kalau cantik senyum, cantik mesti cantik lagi..."

Kita dah dapat ISO dah kira cantik dah tu.

Sekarang ni kalau ditambah dengan dapat 5S, kira mestilah lagi cantik..

Apatah lagi ditambah dengan satu S lagi, iaitu Senyum, yang akan terukir di wajah semua warga KPTM nanti.

Perrghh...dasssyat!  [kena baca ikut macam peserta Raja Lawak Nazmi  :) ]

Ayuh, apa tunggu lagi..? Jom 5S!

No comments:

Post a Comment