Pada 21 Januari yang lepas, saya telah sempat berjumpa dengan hampir semua ahli jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) KPTM Bangi. MPP kali ini masih baru dan belum pun lagi menerima watikah perlantikan mereka. Namun demikian saya telah memberikan mandat kepada mereka untuk terus memulakan tugas.
Presiden MPP angkatan ini adalah Saudara Shafiq. Beliau dan rakan-rakan MPPnya nampak very enthusiastic untuk memulakan tugas mereka. Buat masa ini mereka masih belum mempunyai penasihat MPP. Bermacam-macam perkara telah sempat kita bincangkan dalam pertemuan pertama selama lebihkurang 2 jam setengah tersebut. Antaranya seperti biasa mengenai kemudahan kolej seperti asrama, surau, bilik kuliah, parkir dan pengangkutan bas.
Apabila saya mencanangkan aktiviti berunsur keusahawanan yang patut mereka fokuskan mulai sekarang, nampak dari reaksi muka-muka mereka bahawa mereka seakan-akan tidak sabar untuk menjalankannya. Kalau boleh aktiviti pelajar yang dijalankan selepas ini mestilah tidak bergantung harap kepada peruntukan dari tabung ATAP semata-mata. Pelajar sudah seharusnya memikirkan cara-cara untuk mencari sponsor untuk membiayai sebahagian atau keseluruhan kos aktiviti mereka. Malah, kalau boleh, membuat keuntungan lagi...
Untuk mempastikan mereka menuju ke arah program-program keusahawanan, saya telah mengarahkan mereka supaya berusaha melalui kelab dan/atau kumpulan pelajar untuk sekurang-kurangnya 3 syarikat pelajar didaftarkan secara enterprise pada akhir semester ini.
Disamping itu Buletin pertama terbitan mereka perlu dikeluarkan pada 1 Februari 2011 ini.
Tough. But then when you are tough on yourself, life is going to be infinitely easier on you.
No comments:
Post a Comment