Thursday, January 20, 2011

Minggu Pertama di KPTM Bangi

Alhamdulillah, sudah seminggu saya berada di KPTM Bangi menjalankan tugas baru. Sungguh bertuah kerana dapat melapor diri pada hari Jumaat 14 Januari 2011 kerana pada hari itu juga diadakan satu majlis kesyukuran di surau kolej.

KPTM Bangi ini telah lama wujud dengan program sekolah menengah ala-MRSM khas untuk mereka yang tidak mendapat tempat di MRSM lantaran keadaan sosio-ekonomi keluarga mereka yang baik. Pada ketika itu namanya adalah Maktab Yayasan Pelajaran MARA atau MYPM. Program ini walaubagaimanapun telah tidak kekal lama dan kemudiannya MYPM menjadi Kolej YPM dengan menjalankan berbagai-bagai program seperti mattrikulasi KPM, diploma secara usahasama, degree UKM dan lain-lain sehingga kini telahpun berupaya menjalankan program diploma sendiri atau homegrown.

Sejak 2003 kolej ini telah mula dikenali dengan nama Kolej Poly-Tech MARA Bangi atau KPTM Bangi. Kini KPTM Bangi menjalankan program diploma KPTM dan diploma program usahasama UiTM. Fokus utama program yang dijalankan di sini adalah program berteraskan Pengajian Perniagaan dan Perakaunan.

Terasalah betapa bertuahnya pelajar-pelajar dan staf KPTM Bangi kerana mempunyai prasarana kampus yang serba lengkap berbanding kolej-kolej KPTM yang lain. Disamping kemudahan-kemudahan asas seperti kolej-kolej lain, kolej ini mempunyai kemudahan asrama sendiri yang berhampiran (walking distance) yang boleh memuatkan seramai 1,800 orang pelajar, kemudahan surau kolej yang tersergam indah di tengah-tengah kampus, kemudahan riadah dan sukan, dewan besar dan yang paling unik sebuah kolam renang.

Difahamkan kini kolej ini mempunyai seramai 3,093 orang pelajar...ramai tu..mungkin boleh diisi sehingga maksima 3,500 orang.

Cerita-cerita yang saya dengar sebelum saya melapor diri di KPTM Bangi ini kebanyakannya mengatakan kolej ini mempunyai banyak masalah dan perlu diatasi segera. Tetapi selepas seminggu saya di sini, saya tidak nampak pun masalah besar di sini. Masalah memang ada. Di mana-mana pun ada masalah. Tapi di sini, masalahnya tidaklah sebesar mana yang digembar-gemburkan. Tidaklah tidak boleh diatasi.

Nothing that I can't handle. Nothing that we cannot solve together.

Malah, kolej ini banyak cerita yang baik-baik dan cemerlang yang perlu dihebahkan.

* Kolej ini lah kolej yang pertama mendapat sijil kualiti ISO 9001:2008 di antara semua KPTM
* Kolej ini lah yang mempunyai bilangan Dean's List teramai semester lepas - 410 orang!
* Kolej ini lah yang membuat keuntungan terbesar tahun lepas
* Kolej ini lah satu-satunya KPTM yang mencapai (malah melebihi) sasaran pengambilan Januari 2011

Okay la tu....

Trust me, it isn't that bad afterall.

4 comments:

  1. Alhamdulillah..Semoga En Azmi dapat meningkatkan lagi mutu kecemerlangan KPTM Bangi sbg Pengarahnya yg baru.. :)

    ReplyDelete
  2. Congrats En. Azmi on ur new post, this blog is such a brilliant idea! d 1st kptm director with this kind of blog.. a good promotional tool! do visit us at (or even better..link it) http://kptmkuantan.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Thank you Rasyid & Anisz. Selalu2 lah melawat blog ini.

    ReplyDelete
  4. puas dok fikir, sapelah pengarah KPTM Bangi ni... bila tengok signature kat kartun tu baru perasan... Congrats! Mabrook! May Allah be with you in everything you do.. Barakallahufi ya akhi.. :)

    ReplyDelete